Monday, May 4, 2020

Cara Semakan Tarikh Duit i-Lestari Bila Masuk Ke Dalam Akaun Bank

Ramai yang tertanya-tanya bilakah duit KWSP i-Lestari akan menuju ke dalam akaun bank. Mungkin ada di antara kita yang memerlukan duit tersebut untuk menampung bebaban kewangan yang di hadapi.

Okey, aku kongsikan caranya di bawah, korang boleh nengok gambar yang aku share di bawah. Proses samanya sama guna smartphone ataupun laptop/desktop.

1. Langkah pertama korang buka web browser masukkan link ni https://ilestari.kwsp.gov.my/


2. Korang klik pada SEMAKAN PERMOHONAN.

3. Korang isi maklumat seperti yang disediakan iaitu no kad pengenalan dan no telefon yang mendaftar dengan i-Lestart. Klik kotak saya bukan robot dan klik semak (yang warna merah tu)



4. Tu dia sudah keluar dan diluluskan, apa yang aku kotakkan tu ditulis bayaran akan dibuat pada 6 Mei 2020. So korang da boleh tunggu dan check la akaun bank korang pada tarikh yang telah di tetapkan oleh KWSP.

Jadi korang gunakanlah duit yang dikeluarkan tu dengan berhemah. Jika artikel ini dapat membantu orang lain untuk mudah faham sila share.