Thursday, May 7, 2020
Ayuh Muat Turun Aplikasi MyTrace & Putuskan Wabak COVID-19
MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak yang dibangunkan oleh Kementerian Sais, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama kepakaran tempatan akan membantu mengesan jangkitan Covid-19 melalui pengesanan kontak, sekali gus berupaya memutuskan wabak itu secepat mungkin.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MyTrace membolehkan kerajaan mengesan individu yang berada berdekatkan dengan pesakit Covid-19 menggunakan belombang 'bluetooth' dengan data itu berupaya disimpan dalam tempoh 21 hari di dalam telefon pintar pengguna.
MyTrace bagaimanapun hanya mengumpul maklumat pengguna yang dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geolokasi.
"MyTrace pelengkap aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini dengan menggunakan 'bluetooth' untuk pengesanan kontak, apabila telefon pintar pengguna MyTrace pengguna berada dalam jarak yang dekat, ia akan kesan kehadiran masing-masing melalui gelombang itu.
"Berdasarkan kekuatan gelombang 'bluetooth' yang dikesan, jarak dan tempoh penemuan pengguna boleh dikenal pasti dan data dikumpul itu boleh disimpan dalam telefon bimbit dalam tempoh 21 hari.
"Pengesanan kontak sangat penting supaya kita dapat mengetahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang dikenal pasti positif Covid-19," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP di Putrajaya, hari ini.
Sumber : Berita Harian
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- Kluster Baru Dikesan Libatkan Tapak Pembinaan Di Kuala Lumpur - KKM
- 9 Cara Menjawab Rakan Yang Benci Pakai Tali Pinggang Keledar
- Permohonan Baharu BPN Akan Dibayar Pada Pertengahan Mei 2020
- Adakah Anda Tahu?
- Sah ! Liridon Krasniqi Kini Boleh Beraksi Sebagai Pemain Harimau Malaya
- + Pc Secondhand +
- Cara Semakan Tarikh Duit i-Lestari Bila Masuk Ke Dalam Akaun Bank
- + Maaf Buat Teman +
- + Sewaktu Di Dalam Studio Jaming +
