![]() |
Foto Oleh Bernama |
"Polis membuat keputusan membenarkan pergerakan antara negeri menggunakan pengangkutan darat yang mempunyai permit yang sah daripada pihak berkuasa dan kepada penunggang motosikal.
"Namun, adalah diingatkan bahawa orang awam yang menggunakan kenderaan pengangkutan awam darat atau penunggang motosikal hendaklah mendapatkan kelulusan pergerakan antara negeri daripada polis menggunakan aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis berhampiran.
"Begitu juga syarikat pengangkutan awam pula perlu mempunyai permit yang sah dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya hari ini.
Huzir berkata lagim pergerakan dalam tempoh itu ditetapkan polis dengan perjalanan hari ini hanya melibatkan mereka yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara.
"Esok untuk individu dari Perak, Johor dan Kelantan manakala lusa membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Ahad ini membabitkan perjalanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
"Kebenaran pergerakan antara geri hanya untuk orang ramai yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik kerja sahaja," katanya.
Huzir menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Sumber : Berita Harian