Ramai yang tertanya-tanya macam mana dengan mereka yang telah membuat permohonan baru atau rayuan akan dapat keputusan dan bila akan dikreditkan ke dalam akaun bank.
Jadi disini, untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat bermula pertengahan Mei ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion.
"Pembayaran fasa kedua BPN bernilai RM3.7 billion sudah dilaksanakan sejak 4 Mei secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini.
"Dengan perkembangan terkini, kerajaan menjangka peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 billion diperlukan di atas peruntukan asal sebanyak RM10 billion," katanya.
Menurutnya, bagi BPN fasa pertama, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima iaitu peningkatan kepada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 billion minggu lalu.
"Ia juga membabikan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mematuhi Prosuder Operasi Standard (SOP) dengan serangkap pantun.
Pantunnya berbunyi "Indah sungguh jati di pahat, penyeri peti kamar nakhoda, kalau negara mahu selamat, patuhi SOP dengan setia".
Wednesday, May 6, 2020
Permohonan Baharu BPN Akan Dibayar Pada Pertengahan Mei 2020
Related Posts
Korang Boleh Membuatkan Semakan Kelulusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Permohonan Baru & Rayuan Kini Dibuka 9 Mei 2019Berita tergempar, bagi mereka yang sudah membuat permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), korang bole… Read More
Belangsukawa, Tuan Guru Ismail Kamus Meninggal Dunia إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ , Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus me… Read More
Polis Benarkan Penunggang Motosikal Dan Pengangkutan Awam Merentasi NegeriPihak Polis Diraja Malaysia telah membuat keputusan membenarkan penunggang motosikal dan pengguna pengangkutan awam memb… Read More
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)