Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

Sunday, June 27, 2021

Fungsi Sebenar Penutup Radiator

Penutup Radiator adalah salah satu daripada komponen utama dalam sistem penyejukan, dan ianya bukanlah hiasan yang boleh ditukar ganti dengan sesuka hati. Padah bakal menanti.






Selain berfungsi sebagai penutup, penutup radiator juga mempunyai fungsi yang lain iaitu mengawal tekanan dalam sistem penyejukkan kereta korang tu. Ia juga adalah penyebab utama "overheat" jika penutup radiator korang tidak berfungsi dengan baik.

Setiap penutup radiator kebiasaannya mempunyai satu Pressure Spring dan Vacuum Valve bersama Vacuum Spring. Fungsi Pressure Spring adalah untuk menahan tekanan yang terdapat di dalam tangki sebelum ia terbuka untuk membolehkan air mula mengalir ke dalam tangki simpanan (overflow tank).

Kenapa perlu tekanan di dalam sistem penyejukkan kendaraan korang? Okey, seperti yang kebanyakkan dari korang tahu, takat didih air adalah 100 darjah celcius dan selepas itu air akan mula mengewap. Jadi di dalam sistem thermalfluids dan thermodynamics, jika tekanan diberi pada sesebuah sistem yang tertutup, ia akan menaikkan takat didih air, lagi tinggi tekanan, lagi tinggi takat didih.




Sebagai contoh, sebuah sistem yang mempunyai Penutup Radiator spring berkapasiti 1.1 bar dapat menaikkan tahap takat didih air (bercampur dengan coolant 50/50) sehingga 120 darjah celcius.

Jadi apabila enjin panas, air dari tekanan yang dilepaskan tersebut akan mengalir ke dalam tangki simpanan. Sebab tu, kebiasaannya akan terdapat dua marking pada tangki tersebut, Hot & Cold ataupun Min & Max.

Apabila sistem penyejukkan mula menyejuk, tekanan akan menurun dan akan terjadinya vacuum. Pada masa ini vacuum valve akan disedut dan vacuum spring akan terbuka pada penutup radiator dan akan menyedut air dari tangki simpanan tangki radiator.

Kenapa pentingnya korang memeriksa keadaan Penutup Radiator ni? Dan Kenapa ada beberapa bacaan atau kadar nilar seperti 0.9 bar, 1.1 bar, 1.3 bar dan lain-lain lagi?

Jawapannya, dalam sesebuah sistem penyejuk kenderaan ini telah direka khas untuk sesebuah enjin berdasarkan tekanan yang diperlukan untuk memberikan kuasa penyejukkan yang optimum. Jika kurang atau tiada tekanan pada sistem akan terjadinya "overheat" kerana takat didih air rendah dan jika tekanan radiator kurang, akan membuatkan komponen yang lain seperti radiator hose dan gasket mula bocor.




Bagaimana cara untuk memeriksa tekanan yang ada pada Penutup Radiator? Dari mata kasar korang boleh memeriksa keadaan seal/gasket pada penutup tersebut dan juga boleh mencuba untuk tekan spring dan pastikan ia berfungsi.

Untuk ujian yang paling baik adalah, korang kena pergi ke mana-mana bengkel yang boleh melakukan ujian dan pemeriksaan menggunakan alat penguji.



Jadi korang rajin-rajinlah periksa keadaan Penutup Radiator dan janganlah suka-suka menukar Penutup Radiator, buruk padahnya.

Wednesday, May 6, 2020

9 Cara Menjawab Rakan Yang Benci Pakai Tali Pinggang Keledar

Walaupun rakyat Malaysia  sudah menjadi angkasawan dan penyokong MU sudah keluar masuk gua berpuluh kali, masih ada segelintir di antara kita yang tidak percaya memakai talipinggang keledar bila masuk ke dalam kenderaan.


Pelbagai alas an yang diberikan, dan disini kami kongsikan 10 jawapan kepada alas an-alasan mereka itu.

1. Talipinggang keledar menyebabkan lebih banyak kecederaan!

Memang benar dalam pelanggaran berkelajuan tinggi, talipinggang keledar akan menyebabkan kecederaan luaran seperti lebam-lebam. Namun begitu, jika mereka tidak memakai talipinggang keledar, mereka akan terselamat dari lebam-lebam. Mereka akan mengalami kecederaan otak atau tengkorak retak.

2. Talipinggang keledar akan memerangkap saya di dalam kenderaan semasa kemalangan!

Ini memang berlaku tetapi menurut NHTSA (Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan) di Amerika Syarikat, kejadian itu cuma berlaku pada 0.5 peratus dari kemalangan yang berlaku setiap tahun. Fakta sebenarnya ialah talipinggang keledar boleh dibuka dalam masa beberapa saat sahaja dan dengan talipinggang keledar, penumpang kenderaan tidak akan tercampak ke sana ke mari dan mereka tidak akan pengsan. Ini memudahkan untuk mereka keluar dari kenderaan yang terbakar atau tenggelam.

3. Tak perlu talipinggang keledar kerana saya adalah pemandu cermat!

Ucapkan tahniah kerana rakan anda mengaku beliau adalah pemandu cekap dan berdisiplin. Masalahnya ialah rakan anda itu bukanlah satu-satunya kenderaan di atas jalanraya. Banyak kemalangan disebabkan oleh kenderaan lain yang terbabas dan melanggar kenderaan mangsa. Melainkan rakan anda mempunyai kuasa istimewa untuk mengalihkan objek berat menggunakan minda sahaja, minta beliau gunakan talipinggang keledar.

4. Talipinggang keledar tidak penting kerana kereta saya sudah ada beg udara!

Talipinggang keledar direka untuk memastikan anda berada di dalam tempat duduk, dan beg udara direka untuk menyelamatkan anda semasa anda di dalam tempat duduk. Jika anda tidak menggunakan talipinggang keledar, anda akan tercampak dan beg udara itu tidak berfungsi seperti yang direka atau dalam senario paling teruk, beg udara akan mencederakan anda.

5. Saya cuma memandu perlahan dan di kawasan dekat-dekat sini sahaja!

Menurut Perkeso, 55 peratus dari kemalangan berlaku kurang dari 5 km dari tempat kerja. Di US, kebanyakan kemalangan maut berlaku pada kelajuan di bawah 85 kmsj. Dekat dan perlahan terbukit masih mampu membunuh.

6. Kalau tercampak keluar dari kenderaan, kadar kecederaan selalunya rendah!

Sekiranya anda tidak memakai talipinggang keledar, kemungkinan anda tercampak keluar dari kenderaan sangat tinggi kerana tingkap dan cermin kenderaan tidak kuat untuk menampan berat manusia. Selalunya, bila mangsa tercampak, mereka akan dilanggar atau digilis kenderaan lain atau mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:

  • Luka-luka dalam
  • Pendarahan dalaman
  • Tulang patah
  • Retak tengkorak
  • Kecederaan tulang belakang
  • Kecederaan organ dalaman
  • Gegeran atau kecederaan otak
  • Mangsa selalunya terbunuh atau cedera parah hingga menyebabkan lumpuh atau cacat.

7. Sukahati saya tidak memakai talipinggang keledar. Ia tak membabitkan orang lain!

Dalam kemalangan, mereka yang tidak memakai talipinggang keledar akan menjadi objek yang bergerak. Mereka ini akan menghempap orang lain dan jika mereka adalah penumpang belakang, mereka mampu membunuh penumpang di hadapan. Setiap kali ada kematian, negara akan rugi dari segi sumbangan ekonomi dari mangsa dan setiap kali ada kematian, pihak keluarga juga akan terjejas – baik dari segi emosi mahupun ekonomi.

8. Talipinggang keledar membuat pakaian saya berkedut!

Ya, ini memang benar. Cuma ada satu sahaja caranya – minta rakan anda memandu tanpa memakai baju, ambil gambar dan upload ke Instagram Careta.

9. Memakai talipinggang keledar lambat dan leceh.

Cari kawan lain yang lebih bijak.

Monday, May 4, 2020

Perlu Atau Tidak Tanggalkan Kepala Bateri Jika Kereta Tidak Bergerak?


Ha kali ni aku nak kongsi dengan korang semua sedikit ilmu berkaitan automotif. aku pasti ada dikalangan kita yang mempunyai lebih dari satu kenderaan.

Jadi adakah korang perlu tanggalkan kepala bateri kereta jika kereta korang tak bergerak?

Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti berapa lama kereta itu digunakan dan usia bateri kereta korang tu. Jika ditinggalkan dalam tempoh yang singkat contohnya seminggu dua, tidak perlulah korang tanggalkan kepala bateri tu.

Dalam jangkaan aku sepatutnya ianya cukup boleh dihidupkan semua selepas korang pulang dari bercuti atau sebagainya. Jika kereta yang ditinggalkan lebih lama dari masa itu, mungkin korang boleh fikirkan untuk menanggalkan bateri atau guna alternatif lain seperti menggunakan "Trickle Charger".


Jika korang menanggalkan bateri, berkemungkinan besar korang akan kehilangan banyak setting-setting seperti radio, jam dan lain-lain lagi. Aku juga menyarankan menggunakan "Trickle Charger".

"Trickle Charger" ini berfungsi untuk mengecas semula bateri tetapi dengan kadar perlahan sama dengan kadar kehilangan cas pada bateri ketika kereta tidak digunakan.

Charger perlu disambung dengan punca kuasa sebelum korang menyambungkannya semula kepada terminal bateri kereta. Terdapat juga "Trickle Charger" yang menggunakan tenaga solar.

Bateri yang telah berusia tidak boleh memegang cas elektrik dengan baik seterusnya lebih risiko untuk kehilangan cas dengan mudah. Oleh itu, kereta tidak boleh dihidupkan walaupun ditinggalkan selama satu hari.