Saturday, May 16, 2020

Diskaun Sehingga 50 Peratus Saman Sehingga 21 Mei 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara online selama empat hari bermula dari 18 Mei 2020 hingga 21 Mei 2020.

Korang perlu membuat pembayaran saman di dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata diskaun itu ditawarkan kerana memahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.

“Bagi menringankan beban ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

“Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontijen secara berperingkat mulai 18 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Bagi kontijen negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, kaunter akan dibuka pada Isnin dan RAbu dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

Bagi kontijen di negeri KEdah, Johor, Kelantan dan TErengganu pula, kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Kita menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Orang ramai diminta sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,” katanya

Ha, apa lagi korang tu yang saman berlambak-lambat tu boleh la bayar. 50 peratus bukan sikit banyak tu.

Sumber : Berita Harian