Friday, October 17, 2014

PANAS | BERJEMUR TANPA TANPA BAJU

Empat pelancong asing di percayai berjemur di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson tanpa pakaian, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Credit to HM

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.
Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sumber : HM

Thursday, October 16, 2014

Piala Malaysia | JDT Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Credit to Johor Southern Tigers


Perlawanan terakhir Suku Akhir Piala Malaysia 2014 yang melibatkan 2 pasukan Johor Darul Takzim menerima kunjungan Terengganu sebentar tadi.

Perlawanan yang agak menarik pada separuh masa pertama antara kedua-dua pasukan yang menampakkan 2 gol awal telah dihasilkan oleh pasukan Johor Darul Takzim.

Gol pertama Johor Darul Takzim hadir pada minit ke 16” menerusi tandukan Safiq Rahim ekoran hantaran cantik dari Nazrin Nawi. Gol kedua pula hadir pada minit ke 22” hasil dari jaringan daripada Luciano Figueroa.

Ternyata sorakan padu lebih dari 30 ribu penyokong setia Harimau Selatan membuatkan pemain-pemain Johor Darul Takzim bermain dengan penuh semangat.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan agak perlahan. Peluang ini di ambil oleh pemain Terengganu hasil daripada counter attack yang membuahkan hasil dari Mohd Ashari Shamsudin pada minit ke 60”.

Selepas daripada jaringan tersebut keadaan menjadi agak kelam kabut di barisan pertahanan Johor Darul Takzim. Terangganu nyaris menambah jaringan untuk menyamakan kedudukan namun peluang yang terhidang tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Sebaliknya yang berlaku Safiq Rahim sekali lagi menjadi wira Johor Darul Takzim apabila menyumbat gol ketiga. Tamat masa perlawanan Johor Darul Takzim 3 Terengganu 1.

Johor Darul Takzim akan bertemu dengan Felda United yang telah berjaya menewaskan juara 33 kali Selangor dalam aksi yang cukup dramatik.

Jadual Carta Separuh Akhir

Credit to MySumber

Wednesday, October 1, 2014

Tips Penjagaan Tayar Kereta

6 Cara Penjagaan Tayar Kenderaan

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.



1. Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

2. Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

3. Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

6. Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.


Friday, July 11, 2014

Ultra Racing Bars Untuk Perodua Viva

Kegunaan Ultra Racing Bar tidak kira la front bar atau lower bar adalah untuk membantu kereta dalam menghadapi selekoh dan menstabilkan kereta serta mengukuhkan chasis kereta.





Melihat pada Gambar di atas bagaimana keadaan sebelum dan selepas pemasangan Strut Bar dan Lower Arm Bar Ultra Racing di kenderaan.

Memang terbaik jika kita memansang Bar untuk kereta kita kerana ia stabilkan kenderaan dan shape of conering yang mantap.



Tuesday, June 3, 2014